Total Pageviews

Thursday, November 24, 2011

:: Setiap Cerita ::

Setiap cerita pasti akan bermula dengan perkataan "PERTEMUAN".
dan pengakhiran cerita pasti akan berakhir dengan "PERPISAHAN".
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
dahulu bila orang nak kat kita, jual mahal la, tunjuk ego la, tapi bila 'DIA' dah dapat pengganti..
kita merasa kecewa..
KENAPA ye?
alasan kuat mengatakan tiada jodoh..
padahal Allah telah menentukan jodoh, pertemuan, perpisahan sebelum kita dilahirkan lagi..
kenapa manusia akan merasa gelojoh..tidak mampu menerima hakikat bahawa
perpisahan itu telah terjadi dan dia bukan lagi milik kita..
bercakap mengenai 'memiliki'...
setiap manusia punya perasaan ingin memiliki dan dimiliki..
bagaimana dengan orang yang tidak mahu memiliki dan dimiliki?
perkataan lari daripada realiti kehidupan bermaksud?
manusia yang normal punya daya imaginasi dan keinginan..
bukan seperti kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak sempurna seperti kita..
kekuatan datang daripada mana?
1. orang yang bercinta..
2. orang yang menyintai seseorang..dan cintanya tidak dibalas.masih punya harapan kan?
3. orang yang punya cita-cita..
4. orang yang punya harapan untuk terus hidup..
5 dan seterusnya : banyak lagi..
bagaimana pula dengan aku?
hilang rasa percaya..
hilang rasa cinta..
hilang rasa untuk menyintai..
hilang rasa untuk mengasihi..
hilang rasa segalanya..
tuan putra pernah berkata : tiada perasaan lebih baik daripada mengharap daripada orang yang tidak pernah bagi kita harapan..
macam perli aku kan?
sekarang adalah masa kesedihanku bermula..seperti dulu pada mulanya mengenali lelaki..
apakah aku akan terus makan hati dan sensitif dengan setiap perkara?
daya imaginasiku sudah mula berkurang..
aku sudah mula hidup dalam tekanan..dan berhdapan dengan masalah..
cuba menyelesaikan masalah adalah perkara yang paling tidak kusukai..
lari daripada masalah adalah perkara yang terbaik kurasakan..
tapi untuk sampai bila?
sampai bila untuk merasakan rasa tidak adil ini?
sentiasa merasakan manusia semakin kejam..
serangan emosi, psikologi membuatkan aku semakin tertekan..
bilakah akan berakhirnya setiap cerita ini?
Allah sedang menguji hambanya..

Monday, April 11, 2011

.:: KEKUATAN ::.

Itulah perkataan yang perlu aku motivasikan diriku untuk terus bertahan..
Aku tidak mahu terus hanyut dengan dunia fantasi tidak pernah membuahkan hasil yang nyata..
Sekadar rasa gembira..
Adakah cukup untukku?
Sememangnya aku sudah letih..tidak tahu sampai bila harus bertahan..
Aku ingin terus hidup untuk membahagiakan hati mak dan papa..
Kerana mereka aku berada sejauh ini..
Kerana mereka aku masih teguh untuk hidup..
Kerana mereka aku kuatkan semangat yang entah bila akan hilang secara tiba-tiba..
Kerana mereka aku berpegang teguh dengan pendirianku..
Demi mereka..
Demi mak dan papa jua aku ingin berjaya..
Berjaya membahagiakan hati mereka..
Berjaya membuktikan bahawa aku juga mampu berjaya..
Sebelum mereka menutup mata..
Aku hanya ingin melihat tangisan gembira mereka melihat aku berjaya..
Ya Allah berilah mak dan papa kekuatan agar dapat menunggu sehingga aku berjaya..
Ya Allah..
Perliharalah mereka sebagaimana mereka telah memelihara aku sejak dari kecil sehingga kini..
Ya Allah
tempatkanlah mereka di tempat-tempat orang yang beriman..
aku hanya ingin melihat mak dan papaku bahagia..
itu sahaja..
kerana kasih sayang mereka tidak dapat ku balas walau dengan air mata..
Aku sangat merindui mak dan papa..
Amin Ya Rabb..

Monday, March 14, 2011

~ C . I . N . T . A KRISTAL ::.

~Adakah Allah sedang merencanakan sesuatu untukku..
~Selepas segala kepahitan dan cabaran yang telah ku hadapi??
~Aku hanya mengikut perjalanan liku hidup ini dengan tabah dan pasrah..
~Aku yakin akan sinar yang memancar buatku untuk bangun semula..
~Perkembangan, impian dan pastinya janji akan ku tunaikan sebagai hambaNya..
~Aku merangkak daripada bawah dan aku akan terus merangkak untuk meniti jambatan ilmu yang ada di mana-mana..
~CINTA kristal ku ini akan bersinar bila tiba saatnya aku bertemu dengan jodoh yang telah tertulis di arash sana..
~Aku hanya berserah kepada Allah untuk kehidupanku..
~Tidak akan aku lakukan kesilapan demi kesilapan yang sama hanya kerana seorang insan bernama lelaki..
~MENCARI CINTA SUCI YANG ABADI memang sukar apatah lagi apabila kita inginkan cinta itu hingga ke syurga Allah yang indah..insyaAllah..
~Aku akan terus bertapak mencari cinta Allah itu untuk hidup yang lebih bahagia dan menenangkan..
AMIN YA RABB..

Tuesday, February 15, 2011

~Semangat BARU..

~MENDAPAT SEMANGAT BARU DARIPADA PROF HASHAMI~

Tiada yang Maha Esa selain daripada Allah SWT
Aku diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup ini..
Allah masih akan memberi aku peluang kepadaku..sebab itu aku masih berdiri teguh di sini untuk membaiki kesilapan yang lalu..
Aku seaakan lupa bahawa matlamatku belum tercapai..
Aku ingin mengecapi kehidupan yang bahagia di dunia dan dia akhirat..
Aku masih belum cukup untuk membanggakan mak dan papa..
Aku perlu buktikan bahawa aku masih boleh hidup di atas kaki sendiri..
Aku masih boleh hidup dengan cinta..
CINTA ALLAH..
yang lebih membahagiakan dan abadi..
kenapa aku terlalu mengharapo cinta manusia yang akhirnya akan terpisah..
aku tidak boleh berputus asa..
aku masih perlu melakukan tanggungjawab aku sebagai anak, muslimah..
aku tidak akan berpaling lagi pada kelukaan yang aku cipta sendiri..
aku akan hidup menjadi NUR ATIKAH BINTI ABDUL RAHMAN yang baru..
segala kenangan yang pahit, pengalaman akan aku jadikan sebagai pedoman supaya aku tidak akan melakukan kesilapan yang sama di masa hadapan..
masih ada sinar baru untukku..
aku yakin Allah sentiasa ada apbila aku memerlukan..
aku yakin Allah sentiasa memberi pertolongan di saat aku memohon pertolongan..
Alhamdulillah..
aku lebih tenang..

Monday, February 14, 2011

~ MARAH..

KEBENCIANKU SETINGGI GUNUNG IRAU YANG PERNAH KAU DAKI! KEMARAHANKU SELUAS LAUTAN DUMAI YANG KAU PERNAH RENTASI..
Kau sudah penatkah? Aku lebih penat.. permainan yang kau mulakan kau sudah tamatkan.. jangan pernah kau menyesal apabila tiada lagi sekelumit pun ruang untuk kau pada masa hadapan.. pergilah.. pergilah.. pergilah dengan pilihan yang putuskan! Aku tidak akan menghalang lagi.. kebencianku sudah cukup untuk melupakan kau seumur hidupku! Aku benci kau semumur hidup aku! Aku benci kau sehingga ke seluruh keturunan kau! Aku tidak mampu meaafkan segala perbuatan kau seumur hidup kau.. Kau libatkan aku dengan pelbagai perkara yang au sendiri tidak inginkan.. Kau yang tamak! Pilihlah orang kau boleh bahagia di atas kekecewaan aku! kau tidak akn hidup bahagia selamanya.. Aku akan mendokan setiap inci kemusnahan yang kau cipta..seumur hidup.. jangan kau angan lagi aku mampu untuk menjilat ludahku..
SUDAH CUKUP!!!!!!!!!!!
Aku tidak mahu merasa sebegini.. kemarahanku mampu membunuh kau daripada terus bernafas..
Apabila jiwaku dipenuhi kebencian, aku akan hilang kawalan..
Aku akan hilang pedoman..
Aku akan hilang kemanusiaan..
KEBENCIAN YANG KAU CIPTA UNTUKKU..
sudah cukup untuk aku menghancurkan hidup kau!
sudah cukup untuk aku tidak mampu memaafkan kau!
ungkapkanlah segala keegoan kau!
aku tidak akan berpaling daripada keputusanku..
tidak akan ada lagi ruang untuk kau!

Saturday, February 12, 2011

S.A.K.I.T

~ Sakit yang lama datang kembali..
~ Kali ini sakitnya sudah tidak rasa..
~ Mungkin pisau tumpul itu sudah banyak memakan jantung hatiku..
~ Menyebabkan luka yang sangat dalam sehingga sakit tidak dirasai lagi..
~ Ayatnya lebih kecewa daripada dulu..
~ TAMAK sungguh!!!
~ Aku ini seperti boneka ke kau ingin uji dan letak sebagai perhiasan hidupmu..
~ Aku tahu aku tidak menggembirakan hatimu..
~ Tapi kenapa luka ini juga kau ingin tujukan buatku..
~ Jujur..ya..memang kau sangat jujur..
~ Kejujuranmu itu telah membunuhku..
~ Aku mampu untuk dibawa berbincang..
~ Tapi orang lain mampukah memberi seperti aku berikan perasaanku kepadamu??
~ Ingin aku bertanya, "siapa aku pada kamu?"
~ Sakit..
~ Aku terasa sakit sekali..
~ Kau lebih mementingkan perasaan orang lain daripada diriku sendiri..
~ Kau tidak pernah memberikan seperti aku berikan..
~ Sejauh mana kebenaran kata-katamu dahulu?
~ Semuanya palsu belaka..
~ Mana mungkin aku bisa mempercayai kata-katamu lagi..
~ Aku butuh waktu..
~ Biarkan aku sendiri..
~ Atau kau pilih antar AKU atau DIA!!!
~ Jika tidak bisa..
~ Biarkan sahaja cintaku terkubur selamanya bersama perbuatanmu itu..
~ HIDUPLAH BAHAGIA DIATAS PENDERITAAN YANG AKU ALAMI..

Thursday, February 3, 2011

..:: Takut ::..

~ Pengalaman paling dahsyat berulang kembali pada 2 Februari 2011..
~ Aku balik seorang diri dengan terpaksa menunggu selama 8 jam di KL..
~ Sampai kulai pun cepat..
~ Tapi aku seorang sahaja perempuan yang ada di situ..
~ Sungguh menakutkan apabila mereka berdua yang turun bersamaku dah naik kerete dulu..
~ Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
~ Memang nak menangis ketika itu..hanya 15minit tetapi pengalaman paling takut juga..
~ Ada 2 buah motor yang pusing-pusing di tempat aku menunggu papa mengambilku..
~ Memang takut..huuu
~ Alhamdulillah bila papa sampai dengan bibik, aku rasa bersyukur kepada Allah kerana melindungiku daripada sebarang bahaya dan hasad dengki manusia..