Itulah perkataan yang perlu aku motivasikan diriku untuk terus bertahan..
Aku tidak mahu terus hanyut dengan dunia fantasi tidak pernah membuahkan hasil yang nyata..
Sekadar rasa gembira..
Adakah cukup untukku?
Sememangnya aku sudah letih..tidak tahu sampai bila harus bertahan..
Aku ingin terus hidup untuk membahagiakan hati mak dan papa..
Kerana mereka aku berada sejauh ini..
Kerana mereka aku masih teguh untuk hidup..
Kerana mereka aku kuatkan semangat yang entah bila akan hilang secara tiba-tiba..
Kerana mereka aku berpegang teguh dengan pendirianku..
Demi mereka..
Demi mak dan papa jua aku ingin berjaya..
Berjaya membahagiakan hati mereka..
Berjaya membuktikan bahawa aku juga mampu berjaya..
Sebelum mereka menutup mata..
Aku hanya ingin melihat tangisan gembira mereka melihat aku berjaya..
Ya Allah berilah mak dan papa kekuatan agar dapat menunggu sehingga aku berjaya..
Ya Allah..
Perliharalah mereka sebagaimana mereka telah memelihara aku sejak dari kecil sehingga kini..
Ya Allah
tempatkanlah mereka di tempat-tempat orang yang beriman..
aku hanya ingin melihat mak dan papaku bahagia..
itu sahaja..
kerana kasih sayang mereka tidak dapat ku balas walau dengan air mata..
Aku sangat merindui mak dan papa..
Amin Ya Rabb..